Saturday, December 29, 2012

Kenapa manusia xleh Terbang..



Soalan yang evergreen.. dari dulu sampai sekarang iaitu kenapa xleh terbang..
hampir semua orang akan jawab:
1. sayap pun xdak nak terbang macam mana, kalau ada pun xleh terbang gak sebab jatuh boleh mati
2. kapal terbang banyak buat apa nak terbang lagi.
3. Jalan pun dah penat kalau terbang xtahu lah..
4. Kalau boleh terbang orang duk rumah flat pun takut sebab pencuri boleh masuk walaupun duk tingkat 10..
5. nanti udara plak jam, kat jalan pun dah jam teruk..

Ok..ingat yang lain kena fikir sendiri kot.. tapi kenyataannya sekarang smua orang nak benda senang jer dan malas nak berfikir..


Saturday, February 19, 2011

Lagu opening anime yang susah nak dilupakan



Bagi yang pernah tengok tu mesti teringatkan..
citer pasal pahlawan salad terutama tomatoman.
tapi sampai sekarang masih ingat siti lemon selalu
cakap " saya siti lemon" sambil jari sentuh pipi dia.

kalau boleh nak tengok balik citer dia...hehehe.

Saturday, October 30, 2010

Aduhaiii...

Asyik mengeluh jer sekarang...bukan apa, sbb dah lama xupdate blog. Biasanya ada jer benda yang nak ditulisnya..Hmmm tengok la kalau rajin tu ada lahh. Selamat datang pada sapa2 yang datang mejenguk tu..terima kasih banyak2 kalau xsunyi jer aku rasa.

Tuesday, August 24, 2010

Kenapa puasa dan kenapa tidaK

Salam kepada semua pengunjung..

Semua orang tahu yang puasa satu ibadat wajib bagi setiap orang yang beragama islam tetapi kenapa puasa dan kenapa tidak? satu persoalan yang baik bukan. Bila difikirkan secara logik banyak kebaikkan berpuasa bahkan puasa merupakan satu kaedah yang baik untuk menjaga kesihatan.

Jadi kenapa berpuasa secara logiknya

1. merehatkan perut dan sistem penghadaman
2. satu cara berdiet sebab puasa kita bukan tak makan langsung
3. menjimatkan kos makanan
4. asyik makan jer ingat la sikit tak semua orang kat dunia ni dapat makan macam kita
5. menyedapkan lagi makanan sebab rasa lapar giler
ps: kalau ader lagi tambah sendiri

Kenapa tidak puasa

1. sakit sebab tu xleh puasa, ala popuam datang bulan pun puasa gak walaupun xpenuh takkan kita tak boleh
(ada punya cara kalau nak)
2. penat sebab kerja kuat, xkan dalam sebulan sehari pon xleh tahan nak puasa
3. tak boleh tahan marah, tu lagi kena puasa tu
4. memang dasar malas nak puasa, ala setakat makan maggi jer kat umah baik puasa, lagi baik
5. masa kecil boleh puasa bila besar tak boleh nak puasa
ps: banyak lagi alasan kalau tak nak tu.

Sebenarnya bukan susah pun nak puasa dan kita puasa bukan xmakan langsung (sahur (makan sebelum masuk waktu subuh) dan berbuka bila matahari terbenam(masuk waktu makgrid )

Ni semua adalah pendapat aku jer sapa terasa tu padam muka sapa suruh tak puasa. hehehe O 0

Tuesday, April 27, 2010

Isi masa lapang


Masjid Shah Alam


Dalam sibuk menyiapkan kerja2 'Major Projek' aku sekarang, bila ader masa lapang selalunya aku akan edit gambar yang aku ambik. Ini salah satunya la. Biasanya subjek aku nature dan tempat2 menarik. Aku paling minat ambik gambar yang ader dynamik 'angle' dan kebanyakkan kan 'close-up'.Dalam lama gak aku nak ambik gambar Masjid Shah Alam nie tapi xberpeluang walaupun selalu pergi sembayang jumaat kat sana.^__^O. Akhirnya dapat ambik gambar dari jauh jer.

Friday, April 16, 2010

Tomatoman



Tajuk: Tomatoman(Salad Juyushi Tomatoman)
Tayangan: Apr 3, 1992 to Mar 27, 1993
Episode: 50 episode
Producers: Gakken, TV Tokyo, Yomiko Advertising, Inc.
Genres: Adventure, Comedy

Mesti ada yang ingat citer nie kan!! Citer pasal Tomatoman dengan 10 pahlawan negara Salad, dia ni muda dan cuai orangnya tapi selalu menyelamatkan keadaan sehinggakan semua orang suka kat dia termasuk la Puteri Peach yang dia minat sangat. Hidupnya penuh pengembaraan sambil menyelesaikan misi dan masalah kawan2 dia.
Ini citer favorite aku masa kecil-kecil, kira xpernah miss tengok. Saje jer nak citer pasal anime nie sebab masa tengah search tadi terjumpa pulak pasal citer nie. Susah dah sekarang nak cari citer dia. Dulu best giler sebab banyak kartun best-best nak dilayan sampai ada yang xpergi sekolah. hehehe... aku pon sama gak(kadang2 la O_o!!)

Ini lagu ending yang aku jumpa, Selamat berhibur..

Dinner oh dinner

Dalam tengah sibuk mengejar dateline project nie, boleh plak terpikir pasal 'dinner'. Ok sebenarnya ni bukan dinner dengan awek(O_O..!!!) tapi dinner fakuti aku semalam, Dinner Graphic Dept. 2010. tema topeng.

"Sebenarnya aku nie xpernah skali pon kalau ajak pergi dinner tu aku pergi. hehehe... Jangan tanya la kenapa nanti ada jer alasan aku bagi kan"

Etah kenapa rasa nak pergi plak sebab mungkin aku dah last semester kot. Apa2 pon lepas penat mengajak 2 member aku yang mengikut jejak langkah aku dulu tu (alasan malas nak pergi). Kami pun pergi la (niat nak makan pastu balik).Dah la pergi xikut tema(topeng xpakai) orang tanya cakap dah pakai dah), saje malas sangat punya alasan tapi agak best la sebab aku memang lapar pon masa tu. Makan ala buffer(layan diri) dan ala2 western modern sebab ada sup cendawan dengan roti.

"Ada ke betul-betul lepas makan diorang ajak aku balik, dah la kelam kabut aku dia buatnya (tengah makan penuh mulut)"

Apa-apa pun janji happy sebab dah lama xlepak makan ramai2 walaupun aku balik awal. Hehehe,...O_O



Antara topeng terbaik malam tu..seramm..