Tuesday, April 27, 2010

Isi masa lapang


Masjid Shah Alam


Dalam sibuk menyiapkan kerja2 'Major Projek' aku sekarang, bila ader masa lapang selalunya aku akan edit gambar yang aku ambik. Ini salah satunya la. Biasanya subjek aku nature dan tempat2 menarik. Aku paling minat ambik gambar yang ader dynamik 'angle' dan kebanyakkan kan 'close-up'.Dalam lama gak aku nak ambik gambar Masjid Shah Alam nie tapi xberpeluang walaupun selalu pergi sembayang jumaat kat sana.^__^O. Akhirnya dapat ambik gambar dari jauh jer.

Friday, April 16, 2010

Tomatoman



Tajuk: Tomatoman(Salad Juyushi Tomatoman)
Tayangan: Apr 3, 1992 to Mar 27, 1993
Episode: 50 episode
Producers: Gakken, TV Tokyo, Yomiko Advertising, Inc.
Genres: Adventure, Comedy

Mesti ada yang ingat citer nie kan!! Citer pasal Tomatoman dengan 10 pahlawan negara Salad, dia ni muda dan cuai orangnya tapi selalu menyelamatkan keadaan sehinggakan semua orang suka kat dia termasuk la Puteri Peach yang dia minat sangat. Hidupnya penuh pengembaraan sambil menyelesaikan misi dan masalah kawan2 dia.
Ini citer favorite aku masa kecil-kecil, kira xpernah miss tengok. Saje jer nak citer pasal anime nie sebab masa tengah search tadi terjumpa pulak pasal citer nie. Susah dah sekarang nak cari citer dia. Dulu best giler sebab banyak kartun best-best nak dilayan sampai ada yang xpergi sekolah. hehehe... aku pon sama gak(kadang2 la O_o!!)

Ini lagu ending yang aku jumpa, Selamat berhibur..

Dinner oh dinner

Dalam tengah sibuk mengejar dateline project nie, boleh plak terpikir pasal 'dinner'. Ok sebenarnya ni bukan dinner dengan awek(O_O..!!!) tapi dinner fakuti aku semalam, Dinner Graphic Dept. 2010. tema topeng.

"Sebenarnya aku nie xpernah skali pon kalau ajak pergi dinner tu aku pergi. hehehe... Jangan tanya la kenapa nanti ada jer alasan aku bagi kan"

Etah kenapa rasa nak pergi plak sebab mungkin aku dah last semester kot. Apa2 pon lepas penat mengajak 2 member aku yang mengikut jejak langkah aku dulu tu (alasan malas nak pergi). Kami pun pergi la (niat nak makan pastu balik).Dah la pergi xikut tema(topeng xpakai) orang tanya cakap dah pakai dah), saje malas sangat punya alasan tapi agak best la sebab aku memang lapar pon masa tu. Makan ala buffer(layan diri) dan ala2 western modern sebab ada sup cendawan dengan roti.

"Ada ke betul-betul lepas makan diorang ajak aku balik, dah la kelam kabut aku dia buatnya (tengah makan penuh mulut)"

Apa-apa pun janji happy sebab dah lama xlepak makan ramai2 walaupun aku balik awal. Hehehe,...O_O



Antara topeng terbaik malam tu..seramm..

Wednesday, April 7, 2010

Cadangan bila rasa boring..

Cadangan bila rasa boring

Mula2 cadangan nie xyah tunggu boring pon xper. Rasa nak buat tu buat jer.
1. Tanya soalan bodoh banyak2 kat member sampai dia rasa nak bagi penampar
2. Berguling pusing satu bilik, kalau ade yang tanya cakap tengah bersenam
3. Berborak dengan member pastu jerit macam kena rasuk tiba2.
4. Nampak sapa2 yang jalan lengang2 tu bagi rider kick kat dia
5. Letak buku banyak2 atas meja pastu masuk tidor, pastikan dari katil nampak cover buku tu..

Selamat mencuba, risiko tanggung sendiri ok...

Saturday, April 3, 2010

Bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian..

Teringat perpatah org tua2 yang bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian tapi kebanyakkan org kita suka terbalikkan pepatah tersebut (aku pon tergolong gak kadang2). Biasa la bila senang nie kita mudah leka dan kurang mengambil berat masa yang tetap mengalir biar kita berbuat apa2. Tu la hakikat dunia.
Semalam baru aku perasan dah lama aku tidak pergi kenduri doa selamat terutamanya kat selangor nie. Aku pergi kenduri kat umah saudara member aku sham. Bising giler dalam kete, biasa la diorg tu happy go lucky. Ader jer benda nk di boraknya. Hehehe.. dah lama duk sini pon banyak lagi tempat xpernah pergi. Biasa la bukan xsuka berjalan tapi banyak sangat halangan terutamanya tengah sibuk dengan assigment yang makin memeningkan kepala. Aduhhh ..buntu bila pikir keje xsiap. Pastu macam makin bertambah plak. Huhuhu....O_O00..

Thursday, April 1, 2010

Nak naik naga gak..


Minggu kebelakangan nie kelam kabut aku dibuatnya. Asyik terkejar ke sana sini. Akhirnya ader gak masa untuk pergi tengok wayang...
Relax sikit bila lepas tengok citer "How to train your dragon ". Best gak, dah la naga hitam(night furry) tu comel giler. Perangai cute pastu garang-garang sikit tapi setia. Naga dengan viking dalam citer tu gaduh macam main-main jer. Patut la kampung lama rumah baru sebab selalu kena bakar dengan naga..


Kalau dapat tengok yang 3D lagi best nie..wahhhh aku nak naik naga gak..macam best jer kalau la naga tu wujud mesti best giler. Kalau dah stress sangat tu citer nie ok gak untuk dilayan sebab happening sangat dan kalau tengok dengan awek pon sesuai...O 0,